Alhamdulillah, saya dan suami bagi pihak masdiana mushroom telah dapat menghadiri kursus penyediaan kultur dan benih cendawan di Universiti Malaysia pada 7.2.2009 sehingga 11.2.2009. Kursus telah berlangsung selama 5 hari dengan yuran yang dikenakan RM800 seorang...Berbaloi kot rasanya.....
Kursus telah diadakan di Campus Universiti Malaya di bawah anjuran UM dan Persatuan Cendawan Malaysia. Dah lama x masuk campus, best gak kadang-kadang jadi student...hehe...Seramai 31 orang peserta yang menghadirkan diri termasuk dari Sabah dan Sarawak dan terdiri daripada pengusaha cendawan yang berskala sederhana.
Hari pertama dan kedua, saya telah didedahkan secara teori sebelum membuat amali untuk penyediaan media pertumbuhan untuk kultur dan benih....Susah jugak rasanya....setiap langkah perlu dibuat dengan berhati-hati. Satu lagi, kalo nak success dalam membuat benih nie, mestilah menggunakan peralatan makmal yang sepatutnya seperti lamina flow dan autoklaf....ini dapat mengelakkan virus dan konteminasi semasa menyediakan benih.....
Saya diberitahu harga bagi lamina flow yang paling murah berukuran 4 kaki adalah RM8,000 dan autoklaf RM8,000-RM12,000 bergantung pada saiz.....wow...mahalnyer....Mengikut kiraan saya untuk menyediakan sebuah makmal benih yang lengkap anggaran lebih kurang RM30,000-RM35,000.....ye la bangunan mesti diperbuat daripada batu, perlu dipasang air-cond, frezer termasuk peralatan makmal yang lain.....
Saya juga diajar untuk menyediakan kultur cendawan dari tisu dan spora.....semuanya dibuat sendiri dengan bantuan Prof. Vicky dan Prof. Noorlidah......Hasilnya hanya dapat dilihat pada hari ke-5...so, kenala tunggu.....
Hari ke-3 & 4 adalah aktiviti bebas....tetapi dengan ehsan Puan Zainon (Genting Permai Resourses), satu aktiviti lawatan telah diadakan ke ladang En. Nabil yang terletak di Sepang, N.9...Jangan tak tahu, En. Nabil adalah seorang bekas akauntan yang sanggup berhenti kerja bagi menceburi industri tanaman cendawan nie....nodal permulaan adalah RM200,000 dan modal tambahan adalah RM200,000....jumlah pelaburan En Nabil RM400,000....itu apa yang saya diberitahu oleh salah seorang peserta kursus la....uishhh....banyak nyer modal.... En. Nabil telah memiliki sebuah makmal benih yang lengkap.....tapi masa lawatan kami, benih-benih tersebut belum dijual...masih diperingkat percubaan dan kegunaan sendiri....apa yang menarik perhatian saya adalah beliau menggunakan jagung sebagai agen tumpang untuk pembiakan benih cendawan...Kebanyakan pengusaha cendawan di Malaysia ini menggunakan gandum.....Beliau dalam proses untuk membesarkan makmal benihnya...Not bad.....good luck Nabil....
Hari ke-4 adalah aktiviti bebas....saya sempat berkunjung ke Melaka yang dah lama saya tak pergi.....sempat juga la merasa naik melaka cruise.....
Hari ke-5, saya masuk lab balik nak lihat hasil air tangan...jadi ke tidak....alhamdulillah....success!!!!....Kami bersurai lebih kurang jam 3 petang.........TQ friends, Prof. Vicky & Prof. Noorlidah.................

Saya berazam untuk memiliki sebuah spawn lab pada tahun 2010......Mungkin hujung tahun 2010....Insyaallah.........