Tuesday, November 18, 2008

Penubuhan masdiana mushroom

Masdiana Mushroom adalah sebuah syarikat Bumiputra yang memfokuskan kepada tanaman cendawan tiram kelabu dan merupakan ahli Persatuan Cendawan Malaysia. Telah beroperasi bermula dari tahun 2007. Di awal pembabitan, kami hanya mempunyai sebuah rumah cendawan yang berukuran 18kaki x 35 kaki. Itu pun, bangunan memang dah sediada....dulu guna sebagai setor........Mula-mula x nak la keluar modal banyak-banyak, takut gagal....so, guna la apa yang ada..........

Saya memulakan projek ini dengan modal permulaan RM3,000....Modal ini digunakan untuk membaiki bangunan yang sediada, membeli peralatan cendawan dan bahan-bahan lain.....masa saya start mula buat projek nie, belum ada pengusaha cendawan di Kedah yang menjual beg media (ready made)...kalau ada pun jauh...kena beli dari pengusaha cendawan dari Penang dan Perak.....so, kena la buat sendiri coz nak save cost.....habis tenaga adik beradik saya kerah.....

Actually, ada banyak kebaikan beli yang ready made nie....risiko kurang dan yang penting xde masalah yang timbul...maklumlah permulaan nie, kalo boleh nak success kan...baru bley tambah production....
Banyak juga masalah yang saya hadapi, tapi saya redah jer....alhamdulillah berkat usaha saya dan suami + sokongan keluarga akhirnya, kami kini mempunyai 3 buah rumah cendawan yang berukuran lebih kurang 18 kaki x 35 kaki....syukur....

Saya amat berterima kasih di atas sokongan pihak RISDA Negeri Kedah terutamanya En. Saad, yang telah memberi sokongan dengan membina sebuah bangunan tambahan yang kami namakan 'Block B'. TQ very2 much....

Target kami pada bulan Disember ini, untuk memilik 30,000 beg media....buat masa nie hanya ada 20,000 jer......dan target utama adalah mengeluarkan 30-50 kg cendawan segar sehari....











Cawangan

Berkat usaha saya dan suami, masdiana mushroom kini mempunyai cawangan iaitu di No. 7 & 8, Lot 381, Kampung Sungai Mati, Taiping, Perak. Baru beroperasi pada May 2009, kami mempunyai 2 buah rumah cendawan yang boleh menempatkan kira-kira 10,000 beg cendawan. Ianya masih dalam perancangan untuk menambah rumah cendawan dan meluaskan pasaran.



Untuk perancangan tahun 2010, saya merancang untuk membina sebuah makmal untuk menyediakan benih....saya dan suami telah menghadiri kursus menghasilkan benih anjuran Persatuan Cendawan Malaysia dan Universiti Malaya pada Februari 2009....Harap impian ini akan terlaksana menjelang pertengahan 2010.......

Sunday, November 16, 2008

Cara membuat tempahan

Dibawah adalah alamat projek tanaman cendawan kami :-

F294, KG BELAU
08400 MERBOK,
KEDAH

Cawangan

NO 7&8, LOT 381,
KAMPUNG SUNGAI MATI,
34750 MATANG,
PERAK.

Anda juga boleh menghubungi kami menerusi nombor telefon:

019-5417434 (En. HAiri)
0135304144 (Pn. Masdiana)
0135134144 (En. Dahlan)

E-mail:

masdiana.dahlan@yahoo.com.my
dahlanms@yahoo.com.my


Wassalam

Perkhidmatan Yang Kami Sediakan

Antara perkhidmatan yang kami tawarkan :-

- Membekalkan cendawan segar
-Membekalkan beg media yang telah disuntik benih
- membekalkan peralatan-peralatan cendawan
- Kursusu asas penanaman cendawan
- Khidmat nasihat dan rundingan

Kepada yang berminat sila hubungi pihak kami untuk sebarang tempahan dan khidmat nasihat.