Monday, October 5, 2009

KURSUS ASAS TANAMAN CENDAWAN OKTOBER 2009

Masdiana mushroom akan mengadakan Kursus Asas Tanaman Cendawan seisi ke-4, 2009....

Harap maaf kepada peserta-peserta yang berminat untuk meyertai Kursus Tanaman Cendawan pada 18.8.2009 yang lalu.....Atas sebab-sebab tertentu, pihak kami terpaksa membatalkan kursus tersebut pada saat akhir.....Atas permintaan, pihak kami akan mengadakan satu lagi kursus terakhir buat tahun 2009.....


KURSUS ASAS TANAMAN CENDAWAN OKTOBER 2009 (TEMPAT TERHAD)

TARIKH : 24 Oktober 2009 (Sabtu)
MASA : 8.30 pagi – 5.00 petang

TEMPAT : Dewan Umno, Kampung Belau, Merbok

AKTIVITI: Peserta Kursus akan didedahkan secara teori dan praktikal dalam penanaman cendawan.

BAYARAN : RM 160 seorang (termasuk nota, sijil, makan pagi, tengahari dan minum petang)

Peserta perlu membuat bayaran deposit RM50 ke akaun CIMB Bank Akaun No 07220007356527 atas nama Masdiana Bt Dahlan, dua minggu sebelum tarikh kursus. Selepas membuat pembayaran, sila sms nama dan alamat anda ke Nombor 013-5304144 untuk dimasukkan kedalam sijil dan memastikan tempat anda sebagai peserta kursus.
Simpan slip pembayaran dan bawa pada hari kursus.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pn. Mas 013-5304144 atau En. Hairy 019-5417434. Terima Kasih diatas sokongan anda!!!!!


PROGRAM KURSUS ASAS PENANAMAN CENDAWAN
TARIKH : 24.10.2009 (SABTU)



8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Teori – Topik 1 (Pengenalan kepada tanaman cendawan)

9.30 pagi : Teori – Topik 2 (Proses Penanaman Cendawan / Penyediaan Rumah Cendawan)

10.00 pagi : Minum pagi

10.30 pagi : Teori – Topik 2 (Penyediaan Beg Cendawan)

11.00 pagi : Teori - Topik 3 (Masalah / Kerosakan Pada Beg Cendawan)

12.00 thari : Topik 4 - Cara Pengawalan / Perebakan Penyakit

12.45 tghari : Jamuan Tengahari / Sembahyang Zohor

2.00 petang : Praktikal / Latihan Amali (Menyediakan Beg Cendawan / Pengukusan)

­Peserta berpeluang memetik cendawan
dalam rumah cendawan

4.30 petang : Penyuntikan Benih
5.00 petang : Penyampaian Sijil / Minum petang /Seisi Bergambar / Bersurai

Diharap, sesiapa yang berminat dapat menghadirkan diri dan dapat sama-sama berkongsi ilmu dalam memajukan lagi industri penanaman cendawan.
Sesiapa yang tidak mengetahui lokasi kursus, sila sms e-mail anda dan saya akan forward pelan lokasi tempat kursus....saya akan cuba upload peta lokasi kursus dalam 2-3 hari lagi.....

Friday, October 2, 2009

Lambaian Kaabah Umrah 2009

Alhamdulillah.............pada bulan Jun 2009 yang lepas, saya, suami, kedua ibu bapa saya dan adik beradik saya telah dapat menjejakkan kaki ke bumi Mekah & Madinah dan telah selamat menunaikan umrah. Terasa diri amat kerdil ketika berada dibumi Allah.

Selama 14 hari disana, banyak kebesaran Allah yang dapat saya lihat. Telah lama niat dihati untuk mengerjakan umrah tetapi tahun ini Allah makbulkan doa saya. Insyaallah jika dikurniakan rezeki yang lebih ingin kembali kesana.......Saya amat berterima kasih terutamanya kepada ibu mertua saya, Hajah Rokiah and masdiana mushroom team yang telah memastikan projek cendawan ini berjalan dengan lancar sepanjang saya dan suami di bumi Allah.......Semoga doa-doa saya dihadapan Kaabah dimakbulkan oleh-Nya...Aminnnn.....




Wednesday, September 30, 2009

Kursus Asas Penanaman Cendawan Seisi 3 2009


CORETAN KURSUS ASAS PENANAMAN CENDAWAN
SEISI 3 2009

masdiana mushroom telah mengadakan Kursus Asas Penanaman Cendawan seisi ke-3, 2009 pada hari Sabtu, 23.5.2009. Seramai 21 orang peserta telah mengikuti kursus yang telah diadakan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang yang bertempat di Dewan Umno Kampung Belau, Merbok, Kedah Darul Aman. Peserta-peserta kursus telah didedahkan secara teori dan praktikal dalam penanaman cendawan tiram kelabu.

Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap peserta perlu menyediakan beg media secara berkumpulan. Semua proses ini perlu dilakukan sendiri oleh peserta daripada proses penapisan habuk kayu getah, mengayak dedak padi dan mencampurkan kesemua bahan-bahan bagi menghasilkan beg media dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada team masdiana mushroom.

Setelah selesai menyediakan beg media, peserta akan dibawa masuk ke dalam rumah cendawan dan demo memetik cendawan yang betul akan ditunjukkan oleh pihak kami. Peserta juga berpeluang memetik cendawan segar dalam rumah cendawan. Setelah selesai peserta akan di ajar cara penyuntikan benih yang betul. Semua peserta akan dibekalkan dengan beg media cendawan yang telah dikukus dan proses ini akan dilakukan sendiri oleh para peserta.


Kursus Asas Penanaman Cendawan telah bersurai pada pukul 5.00 petang. Sebelum itu para peserta telah di beri sijil dan pihak kami telah menyajikan ‘CENDAWAN GORENG BEREMPAH’ sebagai menu minum petang. Bagi pihak masdiana mushroom mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan kursus ini dan memberikan sokongan selama ini. Selamat Berjaya kepada semua peserta!!!!!!

Para peserta sedang menyediakan beg media.


Tunggu.....Kursus seterusnya akan diadakan pada October/November 2009.....